Languages : English / Malay

Rakaman Video Majlis Selawat
boleh terdapat di sini.
Siri 1 | Siri 2 | Siri 9

Majlis Pengajian Bahasa Arab
di PERGAS, Wisma Indah
sudah bermula.
Video rakaman pengajian ini terdapat di sini.

Artikel-artikel Baru
boleh didapati di sini.

Aurad
Kami telah melancarkan bahagian 'Aurad' dalam lelaman web ini. Sila rujuk di sini.

Tuntutilah Ilmu

Video Rencana
Ustaz Mohd Hasbi
Kaifiat Mencari Malam Lailatul Qadr mengikut panduan
Imam Al-Ghazali radhiAllahu 'anhu


Rajah Makam MAsyaikh
Penjelasan Amalan Menziarahi Kubur
&
Rajah Makam Masyaikh di Seremban

Ustaz Mohd Hasbi
Perjanjian Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam kepada wali Allah Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu


April 2024
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12

Singgahan
Tetamu Unik
sejak 1 hb Mei 2008

diusahakan oleh:
say1899

 

diasaskan oleh Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu di awal kurun 19 (1835). Kemudian ia diperlengkapkan oleh pengasas keduanya Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rasyid radhiAllahu 'anhu (1872) dan pengasas ketiganya iaitu Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu (1907).

Dari tarikh kemunculan tuan guru di atas, maka jelaslah bahawa Tariqah Ahmadiah merupakan tariqah yang baru usianya.

Namun begitu, ia adalah di antara tariqah yang mempunyai bilangan pengikut yang ramai di seluruh dunia.

maulid @ Dandara 2007

Ada beberapa keistimewaan Tariqah Ahmadiah yang menyebabkan ia mendapat sambutan dan ramai pengikut, di antaranya ialah :

  • Tariqah Ahmadiah diasaskan oleh 3 orang wali yang mencapai darjat Qutb yang telah bertemu dengan Rasulullah sallAllahu 

'alaihi wasallam secara suri dan menerima sendiri ajaran tariqah ini dari Baginda sallAllahu 'alaihi wasallam.
  • Ia mempunyai tiga wirid yang besar dan banyak kelebihannya, iaitu Tahlil Khusus, Selawat Azamiah, Istighfar Kabir.
  • Tidak ada syarat-syarat tertentu yang agak berat dilaksanakan untuk menjadi ahli tariqah ini, seperti berkhalwat atau berpuasa, atau mengetahui fardhu 'ain dan 'aqaidul iman. Memadailah dengan Islam dan beriman sahaja.
  • Orang yang beramal dengan Tariqah Ahmadiah ini terselamat dari gangguan syaitan ketika berada dalam sakaratul maut.

 

(Petikan dari kitab Faraidul Maatsaral Marwiah karangan oleh al-Marhum Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa'id radhiAllahu 'anhu, selesai dikarang pada tahun 1935 Masihi setelah mendapati betapa besarnya minat masyarakat Islam Negeri Sembilan ketika itu terhadap Tariqah Ahmadiah. Kemuncaknya ialah apabila khalifah Tariqah Ahmadiah ketika itu al-Marhum Tuan Shaykh Abdullah bin Shaykh Al Hajj Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu (Khalifah kedua yang menyusuli kepimpinan Tariqah Ahmadiah setelah wafat bapanya Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu. Beliau pula telah wafat pada tahun 1957 masihi), dipanggil ke istana oleh al-Marhum Tengku Besar Burhanuddin untuk memberi penerangan mengenai kebenaran perjalanan Tariqah Ahmadiah.

Pengarang adalah anak kepada pembawa tariqah ini ke Asia Tenggara yang juga khalifahnya yang pertama di rantau ini iaitu Tuan Shaykh Muhammad Sa'id bin Jamaluddin radhiAllahu 'anhu - wafat 1926)

 










__________________________________________________________________
Para pengunjung yang dihormati. Anda diberikan keizinan am untuk mencetak mana-mana halaman dari laman web ini, dengan syarat ia adalah untuk kegunaan peribadi sahaja.
Anda juga dibenarkan menyalin dan menerbitkannya semula, sama ada di dalam laman web yang lain, atau sebagai bahan bercetak di dalam bentuk buku, majalah atau periodikal, dengan syarat diikuti dengan rujukan kembali kepada alamat lelaman http://www.ahmadiah-idrisiah.com yang boleh ditekan.